Saturday, 14 November 2015







SADE 1013
ASAS KEUSAHAWANAN/INTRODUCTION TO ENTREPRENEURSHIP

TUGASAN KUMPULAN

NAMA
NO MATRIK
HANNAN ALWANI BINTI MARZUKI
234223
NOKMAN FIRDAUS BIN ISHAK
239021
FATIN NUR SYAHIERA BT SAHRIL
238980
RASHIDAH BT SHAIK DAUD
239003
MOHD HAZIM ASHRAF BIN MOHD HAMZAH
238968
NURUL AQILAH BINTI KHAIRONI
239002

PENSYARAH: DR SHAMSUL HUDA BINTI ABD RANI

TARIKH HANTAR: 16/11/2015




INDEKS

TASK 1: INTRODUCTION…………………………………………………………….…….....…1
                1)      NETWORKED……………………………………………………………………………….…2
               2)    PROACTIVE…………………………………………………………………………….……...5
               3)    TEAM ORIENTED………………………………………………………………………..…8
               4)    OUTCOME ORIENTED……………………………….........................………….10
5               5)    OPEN CULTURE…………………………………………………………………………….12
                6)    FAILURE IS AN OPTION………………………………………………………………..15
7)    VISIONARY………………………………………………………………………………….…17
8)    OBSERVANT………………………………………………………………………………….20
9)    OPEN RISK TAKER………………………………………………………………….…….22
10) SUCCESSFUL ENTREPRENEUR…………………………………………………….26
CONCLUSION…………………………………………………………………………………….29
TASK 2: PRINT SCREEN BLOG……………….………………………………………....30
REFERENCES……………………………………………………………………………………...31





TASK 1

PENGENALAN

Usahawan dan keusahawanan adalah di antara istilah yang sering disebut-sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu. Istilah ini membawa pelbagai maksud atau takrifan mengikut bidang atau kefahaman individu masing-masing.
Dari sudut pemikiran pengurusan, ianya lebih menjurus kepada sains pengurusan dan proses pembuatan keputusan. Kemunculan semula bidang keusahwanan kini telah mengambil tempat yang luas dalam asas institusi dan ekonomi.
Bank dunia mula memperkenalkan bidang keusahwanan sebagai satu galakan yang utama bagi ekonomi negara-negara membangun. Hal ini menyumbang kepada pendapatan negara. Selain itu, keusahawanan juga mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada sumber penciptaan penemuan terbaru, teknologi baru dan inovasi.
Usahawan ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang berniaga. Umumnya, usahawan bolah ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga Berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategic untuk terus berjaya.

1)    NETWORKED
DATIN NORJUMA HABIB MUHAMED
Biodata
Nama: Datin Norjuma Habib Muhamed
Nama komersial: Norjuma
Tarikh lahir: 5 November 1980
Tempat lahir: Bayan Baru, Pulau Pinang
Pendidikan: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kerjaya: Hos TV dan usahawan wanita
Status: berkahwin
Nama suami: Datuk Mohamed Nazim Razak
Pengalaman: Nona, Wanita Hari Ini, Kewangan Islam dan Keluarga Di 9.
Pencapaian tertinggi: Juara Pengacara Jemputan Nona Musim Kelima (2002), Pemilik Aidijuma (Koleksi bawal scarf) http://www.aidijuma.com

Datin Norjuma merupakan seorang wanita yang bekerjaya dalam bidang pengacaraan dan juga dalam bidang perniagaan. Datin Norjuma dikatakan seorang usahawan berjaya kerana beliau mempunyai ciri-ciri usahawan iaitu berkeyakinan terhadap kebolehan diri dalam menguruskan perniagaannya. Seorang usahawan mempunyai pendirian dalam membuat sebarang keputusan walaupun mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak. (Abdullah & Muhammad, 2008)
 Norjuma terkenal di seluruh negara lebih-lebih lagi setelah beliau memperkenalkan tudung bawal baru Aidijuma dengan harga yang mampu milik oleh berbagai generasi. Selain itu, tudung bawal aidijuma telah memberikan lebih banyak pilihan kepada wanita bertudung dan secara tidak langsung mencetuskan trend dalam dunia tudung dengan penampilan masing-masing.
Datin Norjuma mempunyai rekaan tudungnya sendiri, iaitu Bawal Aidijuma keluaran syarikat beliau, Colors Addiction Sdn. Bhd. Menurut beliau, ciptaan tudung bawal tercetus apabila kemunculan pelbagai jenis tudung baharu yang tidak memikat hati dan tidak menepati cita rasanya. Oleh itu, beliau mengorak langkah untuk membuat rekaan sendiri dan mula berniaga kecil-kecilan.

            Pada mulanya, beliau membuka kedai bergerak seperti menjual tudung kecil-kecilan di pesta konvokesyen termasuk di Universiti Teknologi Malaysia di Johor pada September 2011 bagi mengelakkan pengiklanan yang mahal. Dengan langkah permulaan ini, beliau mula mengenalpasti jenis-jenis rekaan dan warna yang pelanggan gemari. Lama kelamaan, Datin Norjuma terlibat secara langsung dalam pelbagai karnival dan mendapati tudung hasil rekaannya mendapat sambutan yang hangat oleh golongan muda dan juga pelajar. Tudung bawal ini dijual dengan harga mampu milik oleh semua golongan dari serendah RM10 sehingga RM60. Pelanggan juga akan memuat naik gambar mereka bersama tudung yang dibeli di laman media sosial. (Rusli, Jualan Eksklusif Hijabista, Aidijuma Hari Ini, 2015)
Selain itu, untuk menjimatkan kos pengiklanan, Datin Norjuma mengiklankan hasil rekaannya di media sosial seperti di Facebook dan Instagram. Beliau juga menjual tudung bawal Aidijuma secara online bagi memudahkan pembelian. Ramai pengikut tudung aidijuma di lama sosial yang berpuas hati dengan kualiti tudung yang dihasilkan sehinggakan ada pelanggan merungut di Instagram bahawa tidak dapat membeli tudung bawal tersebut kerana habis dijual di kedai dan meminta pihak Aidijuma mengeluarkan tudung bawal dalam kuantiti yang banyak.
Menurut Datin Norjuma, beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM50,000 untuk menjual tudung ini. Beliau telah berjaya menjual 200,000 helai tudung setiap bulan termasuklah tudung Black Label iaitu tudung yang paling mahal dijual, diikuti Blue Label dan White Label (Rusli, Sinar online, 2015).
Menurutnya lagi, tudung bawal Aidijuma juga digemari wanita Islam dari luar negara seperti di Singapura, Jepun dan Brunei selain negara Malaysia. Datin Norjuma menjelaskan bahawa, "Generasi muda sebenarnya perlu bekerja dengan orang lain terlebih dahulu untuk memahami erti sebenar pekerjaan.
Kesimpulannya, kita mestilah memulakan sesuatu pekerjaan bermula dari bawah untuk mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai. Pengalaman mengajar kita untuk lebih matang dan juga mengenali dunia keusahawanan dengan lebih mendalam.












2. PROACTIVE

http://archives.thestar.com.my/archives/2008/12/20/business/b_06choo.jpg
DATUK JIMMY CHOO         
Nama sebenar : Jimmy Choo Yeang Keat
Tempat lahir : Pulau Pinang
Pelajaran : Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pada tahun enam
Hobi : Suka menghabiskan masa dengan berenang di Gurney
Pengalaman : Berjaya menghasilkan kasut pertama pada usia 11 tahun.
                 Beliau menyambung pengajiannya dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. (koh abdullah, 2012) Pada tahun pertama, bapanya menanggung pembiayaannya. Tetapi pada 3 tahun berikutnya, beliau bekerja separuh masa pencuci di restoran dan bekerja di kilang kasut untuk menampung pembiayaan yang seterusnya. Jelaslah bahawa beliau amat berdikari dengan mencari wang sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain (azman, 2014) .Walaupun bekerja sebagai pencuci di restoran, beliau tidak malu untuk meneruskan pekerjaan tersebut. Baginya, pekerjaan itu adalah halal sudah mencukupi. Beliau hanya bekerja selama dua tahun sebagai penolong pereka fesyen di sebuah kilang di Hackney, London. (koh abdullah, 2012) Kemudian, beliau membuka kedainya sendiri di London.  Baginya, bekerja dengan orang asing di negara luar amatlah mencabar. Namun begitu, beliau mengambil cabaran tersebut dengan penuh kesabaran. (azman, 2014)

               Antara pelanggan-pelanggan Datuk Jimmy Choo ialah Natalie Imbruglia, Katie Holmes, dan Puteri Diyana dari Wales. Puteri Diyana adalah salah satu pelanggannya yang telah setia dengan rekaan Datuk Jimmy Choo semenjak pertama kali membeli kasutnya pada sekitar tahun 1990. Hal ini menyebabkan nama Datuk Jimmy Choo terus terkenal di negara luar. Pada tahun 1996, Puteri Diyana telah mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Tamara Mellon menjadi rakan kongsi dengan Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut yang berpusat di Itali. Ini akan menambahkan lagi kemajuan dalam syarikat beliau. (azman, 2014)
                 
                Datuk Jimmy Choo mempunyai sikap proaktif. Hal ini dapat dibuktikan dengan ilham dan inspirasi rekaannya diambil daripada alam semulajadi seperti bunga dan pokok serta dari keadaan sekeliling misalnya hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut. Ini adalah untuk memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pelanggan berasa selesa dan selamat memakai kasut tersebut. Ini adalah sesuatu pemikiran yang proaktif kerana beliau berusaha memikirkan perkara yang jauh lebih baik. Beliau sentiasa berusaha memikirkan perkara yang terbaik untuk syarikatnya. Misalnya, jika syarikatnya meleset, beliau akan memikirkan dan terus bertindak untuk mengatasinya. Beliau juga akan memberi maklumat penting kepada pengguna. Sebagai contoh, beliau akan mengeluarkan memo untuk memberitahu produk-produk terbaru syarikatnya, membuat promosi, dan sebagainya untuk menarik perhatian pembeli. (thium, usahawanwibawa, 2013)

                      Datuk Jimmy Choo sentiasa menjalankan tugas dengan bersifat sosial iaitu bermaksud beramah mesra dengan pelanggan. Misalnya, beliau sentiasa melayan permintaan Puteri Diyana secara peribadi. Ini adalah untuk menambahkan kepercayaan Puteri Diyana terhadap perniagaannya. Dengan ini Datuk Jimmy Choo akan menjadi pereka kasut yang diminati oleh pengguna iaitu Puan Diyana. Walaupun Datuk Jimmy Choo berjaya dan hidup mewah di London, namun hatinya tetap di Malaysia. Buktinya, ketika berucap di majlis-majlis umum, beliau sering bercerita tentang Malaysia dengan penuh semangat. (thium, usahawanwibawa, 2013) Hal ini amat membuktikan beliau tidak lupa akan asal-usulnya. Walaupun telah popular di luar negara namun beliau tetap mengingati negaranya. (koh abdullah, 2012)                    



















3. TEAM ORIENTED
                                  
                                               


Nama: Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali
Tarikh Lahir: 4 Jun 1956
Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan
Jawatan: Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
Pendidikan: Masters; International Business, Sonoma State University di California.
Pengalaman: berkhidmat di Arab Malaysian Merchant Bank (8tahun)
        
          Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.Melalui ape yang kita perhati, dengan ada banyaknya cawangan yang diperolehi oleh Tuan Mydin Mohamed, beliau akan memerlukan ramai pekerja dan pelaksana setiap cawangan di setiap negeri. Oleh itu, beliau akan berinteraksi dengan pekerja beliau dan memberi tips serta memberi idea untuk lebih maju kehadapan melalui berorientasikan kumpulan beliau. (Ikhwan, 2012)

      Usahawan ini banyak menempuhi liku liku hidup dalam membangun dan mengembangkan syarikat beliau. Ini disebabkan bantuan pekerja mereka yang ramai kerana terlampau banyak cawangan yang telah dibuka oleh ayah beliau Tan Sri Mydin.Beliau menyifatkan kejayaan beliau kepada ciri-ciri kepimpinan yang berdisiplin seperti ketepatan masa, disiplin, kejujuran, dan kesederhanaan. Moto ini telah memeluk oleh pekerja-pekerja dan ahli keluarga.Inilah disebabkan beliau mempunyai sifat usahawan yang berorientasikan kumpulan. (Ishak, 2013)
     
        Dato 'Haji Ameer Ali telah menumpukan tenaga dan kepakaran untuk ekonomi Malaysia kesejahteraan.Syarikat ini mengutamakan pekerja dan menerima banyak pendapat dari organisasi mereka bagi memperbaiki lagi kelemahan syarikat yang mereka jalankan.Oleh disebabkan itu, syarikat ini banyak menyumbangkan dalam ekonomi Negara kita. (Ikhwan, 2012)

       Dengan seramai 190 orang perantis yang terdiri daripada pembantu jurujual, juruwang, pembantu perkhidmatan pelanggan, penyelia, eksekutif operasi, penolong pengurus dan pengurus akan menjalani tempoh latihan selama tiga bulan hingga dua tahun mengikut tahap kemahiran yang diambil.Tujuan itu untuk melahirkan ramai lagi pekerja yang mempunyai kemahiran di bawah kumpulan besar Tuan Mydin . Dengan itu kta boleh lihat sifat yang berorientasikan kumpulan yang dimiliki oleh Tuan Mydin serta anaknya,Datuk Wira. (Hawa, 2012)








4. OUTCOME ORIENTED
levi-strauss.jpg-12036.jpg

Profil Tokoh
Nama: Levi Strauss
Tempat Lahir: Buttenheim,Germany
Usia: 26 Februari 1829-September 06,1902 (73 tahun)
Pekerjaan: Pereka fesyen
Nama bapa: Hirsch
Nama ibu: Rebecca Haas            





         Pada mulanya Levi Strauss hanya pendagang kain-kain berkualiti di New York. Stoknya kebanyakan dating daripada pedagang yang berlayar atas kapal. Kemudian beliau berpindah ke California untuk mencari lebih keuntungan.Apabila telah tiba di California beliau telah menjual kesemua kain-kain beliau kecuali kain kanvas kerana kain tersebut tidak berapa digemari oleh masyarakat pada waktu tersebut.Levi Strauss mengunakan kain kanvas tersebut dan menghasilkan seluar lalu menjualnya kepada pelombong-pelombong emas.
      
         Seluar tersebut mempunyai 4 poket iaitu 2 dibelakang 2 dihapan dan 1 poket kecil dibahagian depan belah kanan seluar tersebut.Seluar ciptaannya amat laku di kalangan para pelombong emas kerana tidak mudah koyak dan mempunyai poket kecil khas untuk meletakkan emas yang kecil di dalamnya.
      .
         Kemudian Levi Strauss menggunakan kain `genes,(dan kemudian beliau menukarnya kepada jeans) untuk menjahit bahagian poket seluar kanvas beliau.Kemudian Levi Strauss menggantikankain kain kanvas dengan `genes, untuk menghasilkan seluar.Seluar beliau bukan sahaja diterima oleh para pelombong emas malah diterima oleh semua masyarakat pada waktu itu lalu seluar itu digelar `pants of Levi`s’(seluar milik Levi).Levi Strauss kemudian membuat perniagaan seluar tersebut dan menamakan seluar yang dihasilkanya Levi`s 501.

Levi Strauss telah menghasilkan seluar kanvas yang mempunyai poket yang diperbuat oleh kain jeans.Kemudian beliau tefikir mengapa bahagian poket sahaja yang diperbuat dari kain genes? Beliau kemudian menginovasi seluar kanvas ciptaan beliau menggunakan kain jeans sepenuhnya .





5. OPEN CULTURE

http://www.asiaone.com/static/business/gallery/120217_msiarichest/images/pic5.jpg
TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARI

Nama Sebenar : Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
Kekayaan : Orang yang ke-7 terkaya di Malaysia serta ke-32 terkaya di Asia
Tahap Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Tarikh Lahir : Tahun 1951
Asal : Berasal dari Hadhramaut, Yemen
Adik-beradik : Anak ke-3 daripada tujuh orang adik beradik
Kehidupan : Hidup dalam keadaan serba kekurangan
Nama Isteri : Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary
Bilangan Anak : Empat orang ( dua lelaki, dua perempuan)
Nama Bapa : Syed Nor Albukhary
Nama Ibu : Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat
               Seperti yang kita tahu tentang biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari di atas, beliau lahir di Alor Setar, Kedah. Beliau terus memulakan alam persekolahannya di bandar tersebut iaitu di Alor Setar. Namun begitu, beliau dihantar tinggal dengan bapa saudaranya bernama Syed Omar di Johor Bahru ketika beliau berusia sembilan tahun. Kemudian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menyambung persekolahannya dari tingkatan tiga sehingga tingkatan lima di Alor Setar iaitu di Sekolah Saint Micheal’s. Selepas tamat alam persekolahannya, beliau tidak meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di universiti. Walaupun beliau tidak meneruskan pelajarannya di universiti, ini bukanlah bererti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari seorang yang tidak berilmu. Beliau sering mendapatkan ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman ketika beliau menjalankan perniagaan sejak kecil lagi. Inilah yang akan menambahkan pengetahuan beliau misalnya tentang selok-belok perniagaan, cabaran perniagaan dan sebagainya. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mula berjinak-jinak ke alam perniagaan sejak berumur 19 tahun. Buktinya, beliau telah berniaga dengan menjual lembu dan kerbau. (aqeela, 2013)

               Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Disebabkan itu beliau mempunyai sifat terpuji. Beliau sentiasa membantu keluarganya tidak kira masa. Buktinya, beliau sering membantu ibunya menanam sayur-sayuran dan menjualnya di pasar iaitu di Telok Wan Jah. Di pasar itu juga, beliau menjual roti canai untuk membantu keluarganya. Sungguh besar pengorbanannya sebagai anak yang sentiasa mencari jalan untuk meringankan beban keluarganya. Bukan setakat membantu ibunya sahaja, malah beliau juga sering membantu ayahnya mengembala haiwan peliharaan di pusat kuarantin. Di sekolah beliau, ayahnya akan berjumpa dengannya untuk meminta pertolongan untuk membuat simpan kira. Jelaslah bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari adalah anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapanya. Walaupun di sekolah, dia tidak pernah merungut ketika bapanya meminta pertolongan. Sifat ini perlu dicontohi oleh remaja pada hari ini untuk berbakti kepada kedua orang tua kita. (Saha, 2010)
                   Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai sifat budaya terbuka. Hal ini dapat dikaitkan dengan menyumbangkan separuh daripada pendapatannya kepada golongan miskin. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, beliau telah membantu bapa saudaranya berniaga lembu dan kerbau. Separuh daripada gaji yang telah beliau memperolehi telah diberikan kepada ibunya. Kemudian, ibunya pula menyuruhnya memberi wang tersebut kepada orang yang kurang berkemampuan iaitu 15 keluarga di Alor Setar, Kedah. Beliau sentiasa menturuti segala perintah ibunya. Oleh hal demikian, ini telah menimbulkan kesedaran dalam dirinya bahawa bermaknanya bersedekah kepada orang kurang berkemampuan walaupun cuma sedikit. Sehingga kini beliau terus memberikan wang tersebut kepada 15 keluarga miskin di Alor Setar. Jikalau keluarga tersebut meninggal dunia, beliau akan menggantikannya dengan yang lain iaitu golongan yang sangat memerlukan pertolongan di Alor Setar. (hamid, 2009)

                   Yayasan al-Bukhary telah ditubuhkan oleh beliau sendiri untuk membantu golongan miskin.Selain itu, Yayasan al-Bukhary  ini juga adalah untuk menggalakkan perpaduan antara orang Islam. Beliau juga telah membina Universiti Antarabangsa Albukhary khas untuk pelajar-pelajar cerdik yang kurang berkemampuan. Apabila wujudnya universiti ini sudah pasti pelajar-pelajar cemerlang dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun tiada wang. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga telah menubuhkan Program Tuisyen Al Bukhary yang memberikan kelas tuisyen secara percuma kepada pelajar. Beliau sedaya-upaya memberikan kebajikan kepada semua pelajar yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Baginya kemiskinan bukanlah penghalang untuk meneruskan pelajaran sehingga berjaya. Ini dapat membuktikan beliau bersifat budaya terbuka. Misalnya, beliau sanggup mengagihkan hartanya kepada semua orang yang kurang berkemampuan tidak kira agama mahupun bangsa. (hamid, 2009)







6. FAILURE IS AN OPTION
TOKOH : DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH

Profil Tokoh:
Nama                          :  Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Umur                           :  35 tahun (24 Julai 1976)
Warganegara              :  Malaysia
Adik Beradik               :  Keempat daripada enam beradik
Pendidikan                 :  Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
Jawatan                      :  Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd
                                      (Sani Express Sdn Bhd Sani Properties Sdn    
                                       Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

Pencapaian                  :  Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota
                                        Pahang (DIMP) yang membawa gelaran   
                                        Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad
                                        Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan
                                        Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu    
                                        Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009).

Usahawan Datuk Wan Mohd Sani Salleh merupakan Antara usahawan Malaysia yang berjaya dalam bidang pengangkutan iaitu memiliki syarikat bas ,   Sani Express Sdn Bhd Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd. Beliau merupakan Antara penyumbang besar dalam ekonomi Malaysia. (YussufSaufey, 2015)
                                                  
Datuk Wan Mohd Sani Salleh Berjaya disebabkan sifat sifat positif dalam diri beliau bagi menjadi seorang usahawan yang Berjaya . Antaranya ialah, “kegagalan ialah satu pilihan” . Apa yang membuktikan beliau seorang usahawan yang mempunyai sifat seperti itu kerana beliau pernah berkata dalam sesi temu ramah, “Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” . (YussufSaufey, 2015)

            Melalui itu kita boleh jadikan tokoh ini sebagai contoh dan rujukan kepada semua masayarakat di luar sana untuk menanam dalam diri siapa yang ingin menjadi seorang usahawan . Kegagalan bukanlah suatu yang membawa keburukan jika bawa ia kearah yang positif.



 

7. VISIONARY








USAHAWAN PERBANKAN ELEKTRONIK

NAMA : Tan Sri Azman binHashim
UMUR : 76 tahun ( Julai 1939)
WARGANEGARA :  Malaysia
JAWATAN :  Pengerusi Kumpulan Ambank
PENDIDIKAN : 1) Sekolah Melayu Lelaki, Setapak, Kuala Lumpur
                            2) Methodist Boys School, Sentul. Kuala Lumpur
                            3) IPT di Perth, Australia




ANUGERAH :           1)  Darjah ”Kesatria Mangku Negara”  yang  DiPertuan Agong(1972)
2) ”Darjah Dato’Paduka Mahkota Selangor” dari Sultan Selangor (1980) yang membawa gelaran Dato’
3) ”Johan Mahkota Negara” dari Yang DiPertuan Agong (1984)
4) ”Darjah Panglima Setia Mahkota” dari Yang DiPertuan Agong (1988) yang membawa gelaran ”Tan Sri”.
5) Doktor Kehormat dari Universiti Utara Malaysia (1990)
6) Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan oleh International Management Centre United Kingdom (1992)
PENCAPAIAN :
1) Berjaya memperoleh Ahli Fellow Institut Akauntan Berkanun       Australia dan Ahli Fellow Chartered Institute of Secretaries
2) Menubuhkan firma perniagaan perkongsian : Syarikat Azman& Co
                                    3) Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank)
                                    4) PengarahEksekutif Maybank
                                    5) Pengerusi Eksekutif KeongYik Bank (RHB Bank)
                                    6) PengerusiAmbank Group

Tan Sri Azman Hashim dikenali sebagai The Entrepreneur Banker.Beliau merupakan pengerusi Ambank Group. Beliau banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara melalui Perbadanan Produktiviti Negara di mana beliau membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkat antarabangsa dan subsektor.

Dalam satu sesi temu ramah, beliau menyatakan bahawa beliau banyak membuat pelaburan dan tidak menyimpan kekayaan dalam bentuk wang sebaliknya beliau melihat kekayaan dalam bentuk logam seperti emas dan perak. Oleh itu, beliau tidak menyimpan duit walaupun mempunyai bank sendiri sebaliknya beliau lebih menumpukan kepad pelaburan dalam bentuk logam di mana kecairan wang lebih tinggi dari kecairan logam.

Beliau juga percaya dengan keputusan yang cepat dan tepat mampu mengurangka kerana  birokrasi dalam urusniaga. In bertepatan dengan visi Ambank itu sendiri iaitu untuk menjadi sebuah bank pilihan ramai dan menjadi penghubung antarabangsa penyelesaian kewangan.

Beliau memperkenalkan sistem pengkomputeran perbankan yang kini banyak digunakan di semua bank di Malaysia. Oleh kerana sifat keusahawanan yang tinggi di dalam diri beliau, beliau mula membeli satu persatu kepentingan firma besar. Contohnya,  beliau membeli  40 peratus saham Taiping TEXTILES ( kini AMDB Bhd) dan 100 ekuiti Arab-Malaysia Development Bank Bhd ( kini AmMerchant Bank Bhd ).

Berikutan pembelian Taiping Textiles dan Arab-Malaysia Development Bank, beliau menanggung hutang yang besar dan dianggarkan hutang beliau ketika itu menjangkau di antara RM350 sehingga RM400 juta. Namun begitu, beliau berjaya keluar dari kemelut tersebut dan menerajui sebuah kumpulan perbankan yang terunggul di Malaysia.
           
“Usahawan adalah orang yang cukup optimistic. Kita akan sentiasa rasa tercabar untuk mencuba benda yang lebih susah. Makin besar sesuatu cabaran, makin kuatlah kita berusaha. Saya akan cuba mendapatkan apa yang diidamkan. Saya tidak boleh berfikiran tertutup.” (Tan Sri Azman Hashim)


8. OBSERVANT
1594006.jpg
Profil Tokoh:

Nama: Colonel Harland David Sanders
Tempat Lahir: Indiana United State
Usia: September 9,1890-December 16,1980
Nama bapa: Wilbur David
Nama ibu: Margaret Ann Sanders.
Pekerjaan: Chef

Harland David Senders pada awalnya hanya seorang yang sering menukar pekrjaannya.Pelbagai jenis pekerjaan yang telah dilakukannya seperti petani,buruh yang membina landasan kereta api dan lain-lain lagi.Beliau juga cuba untuk mempelajari kursus undang-undang tetapi gagal.Pada usia 40 tahun David Senders hidup dalam kehidupan yang susah dan kesempitan wang untuk sara hidupdan sudah tentu beliau tetap ingin menukar nasib hidupnya.


Akhirnya beliau membeli sebuah kafe dan motel di sebuah bandar di Kentucky di mana terdapat ramai pengunjung yang menggunakan laluan tersebut menyebabkan beliau rasa bahawa beliau akan mendapat ramai pelanggan.David Sanders mula menjual masakan beliau dan tempatnya mula dikenali ramai.Kehidupannya mula berubah.
            Namun bisnes beliau tidak tahan lama dan hampir bankrup.Bagi menyelamatkan bisnesnya.Semakin hari semakin kurang pelanggan yang datang.Pada usia David Sanders mencecah 66 beliau hamper muflis.Dengan baki wang yang ada di tangan beliau berpindah ke Shelbyvile,Kentucky.
Akan tetapi Harland David Sanders mampu untuk melihat peluang yang ada iaitu masakan ayam gorengnya berpotensi untuk menarik pelanggan semula.Beliau terpaksa menjual resipinya kepada sebuah restoran.Pada permulaannya ia mengambil masa yang panjang untuk menarik pelanggan pertamanya.David Sanders menerima hanya 5sen keuntungan pada setiap unit ayam yang terjual,tetapi permintaan terhadap masakannya semakin meningkat saban hari dan belia telah mempunyai banyak francais di sekitar Amerika.Selepas 4 tahun produknya menjadi terkenal semula.












Text Box: 9) Open Risk Taker  


http://image.slidesharecdn.com/airasiapresentationforc-aii-130402022650-phpapp01/95/airasia-presentation-for-ca-ii-12-638.jpg?cb=1364869651
Image result for tony fernandes





Latar Belakang
Tan Sri Anthony Francis Fernandes yang kini berusia 48 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis  Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus dan mendapat ijazah di London School of Economics pada  tahun 1987.

Pada tahun 1980, semasa beliau sedang menuntut di sana, beliau mendapat khabar berita dari keluarga di Malaysia, ibunya telah meninggal dunia, namun beliau tidak dapat pulang kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Harga tiket penerbangan yang mahal menjadi penghalang kepada beliau untuk pulang ke tanah air. Disebabkan hal itu, beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun telah mengeluh, “Alangkah bagusnya kalau ada syarikat penerbangan yang menawarkan tambang yang murah.” Ini adalah salah satu faktor yang mendorong beliau untuk mempunyai syarikat penerbangan sendiri yang boleh dinikmati oleh semua golongan terutama bagi golongan bawahan.

Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Airlines sebagai auditor, kemudian beliau ditawarkan jawatan pengawal kewangan, iaitu Virgin Record sehingga 1989. Sekembalinya  ke Malaysia beliau menyertai Warner Music Group dan telah dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd dan beliau juga berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. (Kelly, 2011)

Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001 iaitu selama 10 tahun , akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara. Lambakan video cetak rompak dan jenayah siber ketika itu telah merugikan syarikat rakaman di seluruh dunia. Akhirnya, secara sukarela Tony meletak jawatan bagi menggapai impiannya iaitu mewujudkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang mampu dinikmati oleh semua golongan. (drmuzaffar, 2012)


https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f5/AirAsia_New_Logo.svg/1000px-AirAsia_New_Logo.svg.pngIdea penubuhan Air Asia dan permulaan.
Semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen. “Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton di London dan menghabiskan masa selama dua hari di sana. Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk  mengembangkan konsep itu di rantau Asia.” (Afique, 2012)

Beliau mendapat tahu bahawa hanya 6 peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki kapal terbang.  Peratusan yang sangat sedikit itu menyebabkan beliau berfikir dan  berkata,“Saya kenal rakyat di negara saya. Pertama, jika kita meletakkan harga yang rendah, mereka sanggup membahayakan nyawa mereka. Kedua, semua orang suka melancong, tetapi kebanyakan orang membelanjakan kos yang melebihi gaji sebulan untuk melancong di dalam negara.” Beliau berkata lagi, “Saya berpendapat bahawa apabila kita memulakan sebuah perniagaan, perkara paling penting ialah sama ada terdapat permintaan atau tidak. Saya tahu pasaran menginginkannya. Jika ianya benar, semua perkara dapat diatasi kerana kuasa
permintaan itu lebih kuat.” (ghoib, 2013)

Akhirnya beliau dengan rakan-rakan muziknya bersetuju untuk menceburi perniagaan syarikat penerbangan.Kemudian, beliau telah memohon lesen bagi menubuhkan syarikat penerbangan daripada kerajaan Malaysia, namun permohonan beliau telah ditolak oleh kerajaan. Namun begitu beliau dapat bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Kemudian, Dr. Mahathir telah mengesyorkan kepada Tan Sri Tony Fernandes untuk membeli AirAsia. AirAsia telah mengalami kesulitan yang amat teruk kerana lambakan hutang. Kerajaan telah cuba menjual AirAsia, namun tiada pelabur berminat terhadapnya.

 Walaubagaimanapun, Tan Sri Tony Fernandes sanggup mengambil  risiko untuk membeli Air Asia pada tahun 2001 tersebut walaupun beban hutang yang tinggi, kos operasi yang mahal, pasaran yang sempit dan publisiti yang kurang.  AirAsia adalah salah satu anak syarikat DRB-Hicom yang menjurus kepada industri penerbangan.

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTUxKjXK02W5mqpOin_ENJGyoJDiFQlxSxWX65mej8zu-fJ5Tv6Semasa penjualan AirAsia kepada Tan Sri Tony Fernandes, antara aset yang dimiliki hanyalah dua buah kapal terbang Boeing iaitu model 737-300 (9M-AAA dan 9MAAB). Tambahan pula, jumlah bebanan hutang yang perlu dilangsaikan beliau telah mencecah 11 juta US Dolar bersamaan RM 40 juta. Oleh sebab itu, nilai jualan yang dikeluarkan DRB-Hicom terhadap syarikat subsidiarinya itu cuma RM 1.00.

http://cdn.mothership.sg/wp-content/uploads/2014/12/air-asia-logo-change.jpgTan Sri Tony Fernandes merasakan bahawa masa yang dipilih untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11 September 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan pula, ramai pekerja yang berpengalaman boleh diperolehi pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja dalam industri penerbangan.

Tan Sri Tony Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan memilih tambang penerbangan rendah supaya dapat mengurangkan masa dan kos, terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi. Oleh sebab itu, beliau meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. (aziz090, 2010)

Kesimpulan
Kesimpulannya, membuktikan bahawa Tony Fernandes sanggup mengambil risiko untuk membeli Syarikat Air Asia, walaupun Syarikat tersebut mengalami kerugian yang amat tinggi demi untuk mencapai matlamat dan impiannya. Beliau menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut.Bukan itu sahaja, Tony Fernandes tidak pernah terlibat dalam industri penerbangan sebelum ini dan beliau bermula dari kosong. Kini, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu Singapore Airlines , Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia,  Nok Air, sebuah syarikat Thailand dan  Lion Air, sebuah syarikat Indonesia



http://img.photobucket.com/albums/v197/numblp/airasia-logo.gif









10) LIMA CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA






Nama: Datok’  Allif  Syukri Kamarulzaman
Umur: 28 tahun (3 April 1987)
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: 1. Sekolah Kebangsaan SJBesar
                     2.Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang
                      3. Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan.
                      4. Sekolah Integrasi AS-Syakirin, Shah Alam
                       5. Taylor College
Pencapaian:             1. Mempromosikan produk di ahkbar terlaris di Malaysia setiap minggu.
2. Menaja program hiburan seperti akademik fantasia dan bintang                 mencari bintang.

1)    Visionary/Berwawasan

Pada awalnya beliau bekerja dengan orang dimana waktu kerja beliau adalah dari jam 8pagi sehingga 9 malam. Rutin ini sangat meletihkan beliau. Sungguhpun begitu, beliau sering membuat bengkel solekan wajah untuk rakan-rakan sepejabat.  Beliau hanya mengenakan yuran sebanyak RM5-RM10 sahaja. Dalam bengkel tersebut belaiu mampu untuk mendapatkan keuntugan sebanyak RM1000-RM3000.  Hasil dari mengadakan bengkel solekan dan menjual produk kecantikan orang lain, beliau mendapat idea untuk mengeluarkan produk ciptaan beliau sendiri.  Kini produk beliau telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.  Ini membuktikan bahawa beliau Berjaya mencapai wawasan beliau iaitu mengeluarkan produk sendiri.

2)    Observant/Pemerhatian

Bertepatan dengan misi penubuhan D’Herbs iaitu ingin membantu wanita yang mempunyai masalah luaran dan dalaman. Beliau menyedari bahawa wanita sukakan keasntikan dan wanita juga perlu cantik luar dan dalam untuk meraih keyakinan diri. Beliau juga ingin membantu mereka yang inign menambah pendapatan dimana kini ramai yang sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Produk yang dihasilkan juga adalaj pelbagai kerana beliau sedar bahawa setiap pelanggan mempunyai masalah yang berlainan. Penghasilan produk beliau sangat bertepatan dengan masyarakat ,asa kini rata-ratanya mempunyai masalah dalam dan luaran. Ini membuktikan bahawa beliau memerhati gelagat masyarakat masa kini.


3)    Open Risk Taker/Sanggup Mengambil Risiko

Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau merasakan adalah lebih baik untuk beliau menjual produknya sendiri. Beliau, menggunakan sepenuhnya semua simpanan beliau untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Beliau menyedari tentang wujudnya risiko muflis, tetapi selepas membuat kajian selama beberapa bulan syarikatnya Berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia. Ini dapat membuktikan bahawa beliau sanggup mengambil risiko walaupun beliau menyedari risiko untuk muflis itu wujud. (TTO, 2014)




4)    Failure is an option/Kegagalan adalah satu pilihan

Datok’Aliff Syukri percaya sekiranya beliau ingin memulakan perniagaan beliau perlulah bermula dari bawah. Beliau membuat percaturan yang salah apabila beliau cuba membuat pinjaman di bank dan malangnya pinjaman yang dimohon ditolak mentah-mentah oleh pegawai bank. Tetapi beliau tidak berputus asa, beliau mengambil inisiatif lain dengan memberitahu rakan-rakannya tentang hajat beliau untuk membuat satu jenama produk sendiri.           Rakan-rakan beliau yakin dengan kewibawaan beliau untuk membuat jenama sendiri dan melaburkan wang untuk dijadikan modal awal untuk perniagaan ini. Ini membuktikan bahawa beliaau tidak menjadikan kegagalan sebagai satu penghalang untuk mencapai sesuatu kejayaan. (Harun, 2012)

5)    Proaktif 
Beliau mempunyai pengalaman yang ngeri iaitu, beliau pernah ditimpa kemalangan yang menyebabkan mukanya hamper hancur dan hidung patah, menjadi titik permualaan kepada terciptanya JUS kesihatan Gamolex Gold. “Doktor memberitahu kecedaraan di muka saya memang teruk dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Saya teringat tentang keistimewaan gamat dan kemudian meletakkan lender gamat pada muka saya. (Meran & Bakar, 2013). Ternyata produk ini amat berkesan dan Alhamdulillah luka pada muka saya semakin sembuh dalam masa dua minggu sahaja sedangkan doctor berkata proses penyembuhan mengambil masa selama tiga bulan. Daripada situ. Saya meminta seorang saintis untuk membuat kajian dan menghasilkan satu produk yang berkesan untuk mebantu menyembuhkan luka dan penyakit, dan akhirnya lahirlah Gamolex Gold” (Amir, 2013) .
Beliau aktif kerana, menjadikan gamat sebagai produk yang dihasilakan dan membuat kajian tentang gamat tersebut dengan saintis untuk menghasilkan produknya. Ini dapat membuktikan bahawa beliau bijak mencari peluang perniagaan yang belum diceburi oleh mana-mana perniagaan.


PENUTUP

Kesimpulannya, konsep keusahawanan dan usahawan membawa satu definisi serta perspektif yang sangat luas. Konsep keusahawanan dan usahawan adalah satu bidang yang begitu luas tafsiran menurut perspektif serta pandangan tokoh-tokoh terkenal. Contohnya, Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi Perancis campuran Irish dianggap oleh Schumpeter (1934) sebagai orang pertama yang memperkenalkan konsep keusahawanan. Selain itu, menurut Hull, Bosley dan Udel (1980), individu-individu yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada dengan niat (dan usaha berterusan) meluaskannya. Menurut Meredith, Nelson dan Neck (1982), usahawan-usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.
Oleh itu, aktiviti keusahawanan amat penting dalam kehidupan sehari kita kerana ianya memberi kesan yang positif kepada masyarakat, bangsa dan negara.



Bibliography

Abdullah, S., & Muhammad, A. (2008). The Development of Entrepreneuship in Malaysia: State Led Initiatives. Selangor : Universiti of Malaya.
Afique. (2012, March 17). amazingnara.com. Retrieved from Amazing Nara media communication: http://amazingnara.com/kisah-inspirasi-jutawan-tony-fernandes
Amir, F. (2013, november 11). sinaranharian. Retrieved from sinaran harian website: http://www.sinarharian.com.my/menghias-memasak-hobi-aliff-syukri-1.219588
aqeela, q. (2013, september 30). prezi. Retrieved from prezi web site: https://prezi.com/bnsuacle0iqm/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary/
aziz090. (2010, August 5). scribd.com. Retrieved from scribd.com website: http://www.scribd.com/doc/35399528/Tony-Fernandes
azman, n. (2014, march 23). blogspot. Retrieved from blogspot web site: http://norazirazman.blogspot.my/2014/03/usahawan-usahawan-yang-berjaya-datuk.html
drmuzaffar. (2012, August 8). wordpress. Retrieved from wordpress website: https://dahalmi.wordpress.com/2012/08/15/tony-fernandes-dan-air-asia/
Feloni, R. (2015, jun 26). Business Insider Malaysia. Retrieved from http://www.businessinsider.my/how-kfc-founder-colonel-sanders-achieved-success-in-his-60s-2015-6/#11zvlJTEMV7wzVFW.97
ghoib, A. (2013, September 9). Malaysian review blogezine. Retrieved from Malaysian review blogezine website: http://malaysianreview.com/26915/sejarah-penubuhan-airasia-diceritakan-oleh-tony-fernandes/
hamid, h. a. (2009, july 19). utusan online. Retrieved from utusan online web site: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_14.htm
Harun, N. F. (2012, October 1). sinar harian. Retrieved from sinar harian website: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/d-herbs-bukti-kejayaan-anak-muda-1.90228
Hawa, D. D. (2012). Mydin. In D. D. Hawa, Mydin (p. 251). Kuala Lumpur: MPH.
Ikhwan, D. (2012, March 25). wordpress.com. Retrieved from wordpress.com website: https://dahalmi.wordpress.com/2012/03/25/pasaraya-mydin-pengasas-dan-sejarah/
Ishak, H. (2013, October 8). Usahawan Berjaya di Malaysia. Retrieved from Usahawan Berjaya di Malaysia: http://usahawanmalaysiaberjaya.blogspot.my/2013/10/biodata-usahawan-mydinybhg-dato-haji.html
Kelly, C. (2011, February 2011). scribd.com. Retrieved from scribd.com website: http://www.scribd.com/doc/48274598/Tony-Fernandes
koh abdullah, r. a. (2012, july 8). utusan online. Retrieved from utusan online web site: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120708/re_13/Kehebatan-Jimmy-Choo
Meran, & Bakar, M. A. (2013, April 12). Utusan Online. Retrieved from Aliff Syukri Cetus Fenomena: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130412/ke_01/Aliff-Syukri-cetus-fenomena#ixzz3pAyMKRgc
Products, D. J. (2004, June 17). THE WALL STREET JOURNAL.
Rusli, F. A. (2015). Jualan Eksklusif Hijabista, Aidijuma Hari Ini. Selangor : sinar harian.
Rusli, F. A. (2015, september Sunday). Sinar online. Retrieved from Sinar Harian web site: http://www.sinarharian.com.my/nasional/jualan-eksklusif-hijabista-aidijuma-hari-ini-1.432737
Saha. (2010, december 22). nuffnang. Retrieved from nuffnang web site: http://hidupini.com/v1/2010/12/22/artikel-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary/
Sen, Z., & Ng, J. (2008). Air Asia Story. California: Kanvin Publications.
thium, m. k. (2013, oktober 3). usahawanwibawa. Retrieved from usahawanwibawa: http://usahawanwibawa.blogspot.my/2013/10/jimmy-choo.html
thium, m. k. (3013, oktober 3). usahawan wibawa. Retrieved from usahawan wibawa web site: http://usahawanwibawa.blogspot.my/2013/10/jimmy-choo.html
TTO. (2014, july 14). Kisah benar sensasi. Retrieved from Tengoktvonline website: http://tengoktvonline.blogspot.my/2014/07/kisah-sayu-hidup-pengasas-dherbs-dato.html
Yohn, D. L. (2015, march 23). Entrepreneur. Retrieved from http://www.entrepreneur.com/article/243412
YussufSaufey. (2015, March 14). wordpress.com. Retrieved from wordpress.com website: https://yussuf0saufey.wordpress.com/2015/03/14/17/